KLSE ANNUAL COMPANIES HANDBOOK VOL 23 BOOK 1 PART 1, FROM MID-JUNE 1997 TO END-SEPTEMBER 1997
TITLE :
KLSE ANNUAL COMPANIES HANDBOOK VOL 23 BOOK 1 PART 1, FROM MID-JUNE 1997 TO END-SEPTEMBER 1997

MATERIAL TYPE : BOOK
AQUISITION NO. : 12479


KATA-KATA PENDAHULUAN

Buku Panduan BSKL merupakan suatu asas penting dalam usaha BSKL menggalakkan pendidikan pelabur dan memantapkan pasaran, selain dari memberikan maklumat kewangan yang lengkap mengenai, syarikat tersenarai di BSKL. Dengan menerbitkan buku ini, BSKL berharap dapat meluaskan bilangan masyarakat pelabur yang membuat keputusan berdasarkan kekuatan asas syarikat dan bukannya mengikut sentimen pasaran.

Sukacitanya dikemukakan di sini, edisi terkini Buku Panduan BSKL Jilid 23, yang merupakan edisi dwi bahasa yang pertama. Dalam Buku Panduan ini, profil syarikat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu juga dibentangkan bersama. Langkah penerbitan dwi bahasa ini adalah untuk mewujudkan lebih ramai bilangan pembaca dan pada masa yang sama, memberikan lebih manfaat kepada masyarakat pelabur.

Beberapa perubahan format telah dibuat untuk edisi ini supaya mudah dirujuk oleh pembaca dan menjadikan pencarian maklumat lebih mudah. Setiap Jilid Buku Panduan masih merangkumi empat Buku, sementara setiap Buku diterbitkan dalam dua Bahagian. Untuk kemudahan rujukan, profil syarikat kini disusun menurut susunan abjad. Bahagian 1 terdiri dari abjad A hingga K dan Bahagian 2, dari L hingga Z. Dalam halaman kandungan, maklumat Papan penyenaraian dan sektor juga diberikan untuk memudahkan pembaca mengenalpasti dan mencari maklumat syarikat.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua syarikat tersenarai yang maklumatnya dimuatkan dalam buku ini atas kerjasama yang berterusan, pihak pengiklan keraria sokongan mereka dan kakitangan Jabatan Penyelidikan, Maklumat Awam dan Penerbitan atas usaha mereka menyusun buku ini.

Saya juga mengalu-alukan maklum balas dari pihak pembaca mengenai kandungan dan format Buku Panduan ini.

DATO' MOHD AZLAN HASHIM Pengerusi Eksekutif Bursa Saham Kuala Lumpur


Alphabet List | Index | Book Info | ToC | Book Status | Reservation |

BOOKS RESOURCE
Malaysian Institute Of Management
Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru and Miri